Ahad, 27 November 2011

Kelembutan,Kesopanan, dan Agamanya Menarik Aq Mengenali Dirinya..


Kerap kali sidia berada diruangan hati dan fikiran ku ini,
adakah aq sudah jatuh cinta kepada sidia..

masih aq tringt lagi sebermulanya aq mahu menjejakkan hati
ke dalam kehidupannya,
aq singgah di blog sidia..
aq melewati semua kisah2nya..

dan kerana suatu perkara yang menyebabkan hati ini terdetik
dan meninggalkan kesan sehingga kini,
sidia amat mementingkan aurat kurniaan tuhan terhadapnya,
sehinngakan aurat dibahagian lengan saja tidak sesekali dy
dedahkan terutama kepada individu yang bukan dikalangan kaumnya..

Kesan yang amat mendalam terhadapku,
Hatiku ini mula mengagumi sidia,
bukan memuji mahupun memuja,
tetapi diri ini terasa terpana dek keindahan akhlak sidia,
Alhamdulillah,masih terdapat wanita2 seperti ini..

Terasa terpanggil bg melabuhkan diri ke dalam 
kehidupan sidia..
Tetapi siapalah aq...
Layakkah aq...
Padankah aq...
Sempurnakah aq...
Jika mahu dibandingkan dngn dirinya...

Tuhan Yang Maha Mengetahui
menghadirkan sidia di dalam kehidupan ini
bertujuan memberi hidayah kepada diri ini,
agar tidak sesekali berpaling daripada jalan yang telah diberkatiNya..

Aq mula sedar,
Bukan hanya disebabkan sidia,
tetapi sidia sebagai perantaraan kepada kesedaran ini..

Aq mendoakan agar sidia mendapat jodoh dikalangan
para2 kekasih Allah S.W.T yang menghambakan diri mereka dengan
penuh taqwa dan seikhlas hati mereka..

Aq bukannya pantas baginya,
sebaliknya insan yang soleh lagi berjiwa bersih
lebih berhak memperolehnya..

Akhir kata,
Aq bersyukur kerana sidia telah hadir didalam kehidupanku,
ia merupakan nikmat yang terlalu agung,
dan jika benar aq mencintai dirinya,
ikhlas kan hati ini mencintainya tanpa mengharapkan
apa2 balasan sekalipun,
meski jodohnya dngn insan yg lebih berhak daripada aq..


Salam kutitipkan kepadamu Sahabat =.=

Tiada ulasan:

Catat Ulasan